Thursday, 14 May 2015

Senarai Peserta Kursus VTO Siri 3 2015




Pengenalan kepada Kursus VTO


SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL (VTO)


OBJEKTIF KURSUS :

Program latihan ini adalah bertujuan untuk menghasilkan pengajar yang berketerampilan sebagaimana keperluan Akta 652 (NASDA) Standard 6 dan mempunyai kriteria sebagai PP/PPD iaitu:


“ Memiliki sekurang-kurangnya SKM di dalam bidang pengajar vokasional atau sijil perguruan vokasional atau sijil latihan mengajar vokasional yang diiktiraf oleh JPK/MLVK “


RANGKA PEMBELAJARAN LATIHAN :
Menggunapakai NOSS Vocational Training Officer (I-031-3) sebagai garis panduan asas.
Tempoh pelaksanaan kursus adalah selama 9 bulan merangkumi Methodology Vokasional selama 3 bulan di CIAST dan Latihan Internship selama 6 bulan di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta.

Graduan akan dianugerahkan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL TAHAP 3 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

KELAYAKAN MASUK :

1. Pemohon adalah Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 35 tahun

2. a) Lulus dalam SPM atau setaraf dengannya dengan Lulus dalam Bahasa Malaysia (BM) ; dan

    b) Mempunyai salah satu dari kelayakan berikut :

          i. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 ; atau

          ii. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 ; atau

          iii. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5



PELUANG PEKERJAAN :

Graduan boleh memohon jawatan sebagai pengajar vokasional di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta.